Saturday, August 22, 2009

Perkara yang membatalkan puasa

Perkara yang membatalkan puasa
  1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
  2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
  3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
  4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
  5. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium.
  6. Kedatangan haid atau nifas.
  7. Gila walaupun hanya sekejap masa.
  8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
  9. Bersalin.
  10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
  11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

0 comments: